PKR Baram buat laporan polis ahli kena tampar ketua kaum Nanga Ajoi


MIRI: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram semalam membuat laporan polis terhadap ketua kaum Nanga Ajoi di Tinjar selepas beliau gagal membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyerang mangsa semasa mengadakan lawatan bersama ahli parti itu ke rumah panjang itu bulan lalu.

Dalam kenyataannya di sini semalam, Setiausaha PKR Baram Dennis Along berkata pihaknya memutuskan untuk membuat laporan polis yang kedua bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut ke atas insiden tersebut.

Semasa insiden itu pada 18 Februari lalu, salah seorang ahli PKR yang melawat rumah panjang tersebut mendakwa ditampar oleh ketua kaum atau tuai rumah panjang terbabit yang enggan membenarkan mereka naik ke rumah panjangnya.

Laporan polis dibuat di Long Lama berikutan insiden tersebut dan parti itu menuntut permohonan maaf daripada tuai rumah terbabit dan memberi beliau masa sebulan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau enggan memohon maaf atas tindakannya yang akhirnya memaksa PKR membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Pusat Miri semalam.

“Kami memandang serius insiden itu kerana kami tidak mahu ia berulang pada masa depan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuai rumah panjang tersebut,” jelas Dennis.

Turut hadir bakal calon PKR untuk kerusi DUN Marudi Elia Bit.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget