Mahkamah benar lelaki keluar islam, tukar nama


KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan seorang lelaki Bidayuh dibawa memeluk Islam oleh ibu bapanya ketika berusia 10 tahun untuk keluar Islam dan menjadi seorang Kristian.

Hakim Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan mengenai permohonan dikemukakan oleh Azmi Mohamad Azam Shah @ Roneey Rebit, 41.

Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran pemohon yang sekarang bekerja di luar negara.

Yew membuat deklarasi bahawa pemohon adalah seorang Kristian dan mengarahkan responden pertama dan kedua mengeluarkan surat pelepasan dari agama Islam, selain menukar namanya daripada Asmi Mohamad Azam Shah kepada Roneey Anak Rebit dalam kad pengenalan serta menukar agama Islam dalam kad pengenalannya kepada Kristian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketika membuat penghakiman itu, Yew berkata keputusan itu dibuat di bawah Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan agama.

Menurutnya, pemohon menukar agama ketika dia masih bawah umur dan mengikuti ibu bapanya ketika berusia 10 tahun kerana tiada pilihan dan bukan atas kerelaan hati sendiri.
Oleh yang demikian, pemohon tidak boleh dianggap sebagai seorang individu menganuti agama Islam.

Roneey diwakili sepasukan peguam terdiri daripada Chua Kuan Ching, Simon Siah dan Cindy Chow dari Simon Siah, Chua and Chow Advocates.

Responden pertama, kedua dan keempat iaitu Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan kerajaan diwakili penasihat undang-undang negeri Hisyammudin Roslan, manakala Ketua Pengarah JPN diwakili peguam kanan persekutuan Leo Saga.

Turut hadir sebagai pemerhati kes adalah ahli-ahli Persatuan Peguam Sarawak (AAS) dan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Kuching Ministries Fellowship (KMF) dan Persatuan Buddha selain ahli keluarga pemohon.

Kes itu merupakan kes penting di Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan permohonan melibatkan kes menukar agama dari Islam di negeri ini. - Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Haleluya...
Semua org berhak memilih agama mereka.yg diimaninya. Tiada Paksaan sepatutnya.

Seseorang harus diberi pilihan sendiri utk menganuti agama yang diingini..

kebebasan beragama...agama dan kepercayaan adalah pilihan dan bukan paksaan daripada undang-undang dunia....

Religion is a dogma between you and your creater not between you and BN or UMN*PUT!A . Come on watts does freedom of religion mean.It's there for you to know unless you just don't want to know which is the case here

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget