Tolak Najib demi kepentingan nasional dari utamakan politik kepartian


KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan termasuk DAP mendahulukan kepentingan nasional melebihi keutamaan kepartian apabila berusaha menolak pentadbiran kerajaan sedia ada bagi mengelakkan negara terjerumus dalam krisis politik dan ekonomi yang berpanjangan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak harus dibiar memerintah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi mengelakkan risiko ekonomi dan pembangunan negara.

Jika DAP dan Pakatan Harapan hanya berminat dengan kekuasaan politik, katanya, mereka akan membiarkan Najib terus mentadbir sehingga PRU 14 kerana Perdana Menteri itu lebih mudah dikalahkan berikutan pelbagai skandal.


“Jika kita mementing kekuasaan, Pakatan Harapan tidak akan mengacau pentadbiran Najib kerana tidak mungkin ada Perdana Menteri yang lebih lemah daripada Najib untuk mengetuai PRU 14.

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara gagal sedangkan kira-kira setengah abad lalu, kita dianggap antara negara yang berpotensi untuk menjadi antara terbaik dan paling berjaya di dunia.

“Kerana itu, kita sanggup bekerjasama walaupun dengan ahli biasa mahupun Ahli Parlimen UMNO BN demi menyelamatkan negara ini daripada dasar politik dan ekonomi yang buruk amalan pentadbiran Najib,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau merujuk usaha menolak pembentangan Bajet 2016 dan usul undi tidak percaya kepada Najib yang dilakukan pimpinan Pakatan Harapan sekalipun tidak begitu yakin pemimpin UMNO BN berani melakukannya.

Ketika DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan tiga juta ahli UMNO dan 30 juta rakyat untuk menyelamatkan Malaysia, katanya, cabaran utama ialah sama ada pihak lain sedia melakukannya bersama-sama.

“Cabarannya, sama ada landasan politik baru boleh muncul di Malaysia dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi pihak atau peribadi kepentingan!” katanya.

- Roket Kini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget