Tiga wartawan media portal disiasat laporan berunsur fitnah


Dua wartawan media portal, Malaysiakini dan seorang wartawan The Star online disoal siasat berhubung laporan berita berunsur fitnah membabitkan pertukaran timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, serbuan jam 2 petang hingga 4.30 petang Jumaat lalu di pejabat kedua-dua media portal itu oleh pasukan polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dilakukan pada masa mereka belum meninggalkan pejabat.

Polis katanya, turut merampas sebuah komputer riba, satu unit CPU komputer, satu unit pendrive dan beberapa salinan dokumen berkaitan kes itu.

“Barang-barang rampasan itu dihantar ke forensik SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dianalisis,” katanya.

Siasatan dibuat susulan laporan perpindahan secara mengejut Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shazalee Abdul Khairi yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting yang disiarkan pada Isnin.

“Beliau sebelum ini, ditahan oleh pihak polis pada awal pagi 1 Ogos lalu dan ditahan di sebuah lokap serta rumah dan pejabatnya digeledah.

“Pemindahannya menjadi tanda-tanya kerana peminjaman Ahmad Shazalee ke SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya berkuatkuasa sehingga 2017.

“Bagaimanapun, Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali pada surat bertarikh 14 Oktober mengarahkan Ahmad Shazalee melaporkan diri pada hari berikutnya,” mengikut lapor portal itu.

Dalam laporan itu Malaysiakini melaporkan SPRM hanya menerima surat arahan pemindahan itu pada hari Jumaat (30 Oktober) lalu.

Apandi bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa Shazalee dipindahkan dan berkata berita Malaysiakini berkaitan perkara itu adalah palsu.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pertukaran yang dibuat itu hanya di peringkat dalaman dan Shazalee masih berkhidmat dengan SPRM, cuma bukan lagi di Bahagian Operasi Khas.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan yang menyiasat SRC International Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan.

Nancy berkata, pertukaran itu adalah kerana kenaikan pangkat Shazalee dalam perkhidmatan awam, yang dinilai berdasarkan gred.

Siasatan dibuat susulan laporan polis yang dibuat seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada 3 Nov.-BNBBC
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget