Soalan Mahathir bukan jenayah, henti gangguan polis – Anwar


KUALA LUMPUR 7 November- Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim memandang serius siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan menggesa polis menghentikan gangguan terhadap Bekas Perdana Menteri itu.

Dalam satu kenyataan dikirim melalui peguamnya, Anwar berkata Mahathir hanya membangkitkan isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak melakukan sebarang jenayah.

“Saya memandang serius mengenai berita bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi subjek penyiasatan polis terhadap jenayah fitnah dan disoal oleh pihak polis pada 6 November.

“Beliau tidak melakukan jenayah apabila bertanya soalan dan menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri mengenai krisis 1MDB,” tegas Anwar yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh atas tuduhan Fitnah 2.

Menurut Anwar, sekiranya Mahathir sendiri dilayan sebegitu, hak demokratik rakyat biasa untuk menyoal dan mengkritik kerajaan kini dalam ‘bahaya yang serius’.

“Perlembagaan kita dan hak-hak demokratik di dalamnya menjamin rakyat tidak boleh diabaikan atau diganggu oleh kerajaan atau agensi penguat kuasa,” katanya menambah beliau semakin bimbang dengan peningkatan amalan kuku besi oleh pihak berkuasa.

Tegasnya, Perdana Menteri dan kerajaan perlu menjawab soalan-soalan penting yang dibangkitkan Mahathir, tanpa perlu menyoalsiasat beliau.

“Soalan-soalan ini juga ditanya oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Tindakan seperti ini hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan terhadap PM, kerajaan dan institusi yang terlibat dalam usaha untuk menutup mulut pengkritik.

“Saya menyeru untuk menamatkan gangguan ini terhadap Dr Mahathir dan semua yang lain, yang hanya menjalankan tugas mereka di negara kita dengan menyuarakan kesilapan dan salah laku kerajaan dan pemimpinnya,”-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget