RM5 juta untuk Lingga

Adenan turut umum peruntukan tambahan untuk bangun kemudahan infrastruktur baharu.


SRI AMAN: Kerajaan akan menambah baik dan membangunkan kemudahan infrastruktur baharu di kawasan Lingga setanding dengan kawasan lain di negeri ini.

Sebagai tanda komitmen kerajaan negeri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Festival Lingga di sini semalam mengumum peruntukan RM5 juta bagi tujuan pembangunan di kawasan ini.

“Peruntukan ini merupakan salah satu daripada perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan luar.

“Dengan peruntukan ini, kerajaan berharap ia dapat membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat di kawasan ini,” ujarnya dalam ucapan sebelum merasmikan festival yang berlangsung dari 6 hingga 8 November itu.

Selain peruntukan RM5 juta, Adenan turut mengumumkan tambahan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan projek tebingan sungai baharu menjadikan keseluruhan peruntukan bagi projek itu kini ialah RM3 juta.

Sebagai tanda sokongan kepada penganjuran festival ini pula, Adenan mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada penganjur untuk menjadikannya sebagai acara tahunan di Lingga.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri dalam ucapannya berharap kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu penduduk di kawasan ini.

Selain masalah bekalan air katanya, beliau juga berharap sebuah dermaga baharu akan dibina semula di Pekan Lingga termasuk menaiktaraf jalan raya di kawasan ini.

“Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana kerja pembinaan Tebingan Sungai Pekan Lundu yang baharu akan dijalankan tidak lama lagi.

“Selain itu, pembinaan masjid baru Maludam juga akan dilaksanakan termasuk kerja menaik taraf jalan Kejatau dan Skait serta beberapa projek kecil lain,” ujar Simoi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Residen Sri Aman Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta yang lain.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget