Pengundi Batang Ai perlu kekal sokongan kepada BN



LUBOK ANTU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing menasihati pengundi di Batang Ai agar terus memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sekiranya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai memilih parti pembangkang, ia akan merugikan rakyat kerana kerajaan BN pasti akan diberi mandat sekali lagi untuk memerintah Sarawak nanti.

Jelasnya, justeru bagi memastikan DUN Batang Ai terus diwakili wakil rakyat BN maka berilah sokongan kepada Malcom Mussen Lamoh yang dijangka mempertahankan kerusi Batang Ai sekali lagi.

“Saya percaya kerajaan BN akan menerajui Sarawak sekali lagi, jadi berilah sokongan kepada Mussen pada PRN nanti untuk memastikan kawasan Batang Ai terus mendapat pembangunan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie,  Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang, Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak, DUN Batang Ai Malcom Mussen Lamoh, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat dan ketua-ketua masyakarat sekitar Lubok Antu.

Pada majlis itu JKKK dan Biro Wanita Sebangki Panjai berjaya mengumpul peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM45,000 hasil sumbangan menteri dan dan wakil rakyat yang hadir.

Selain itu Masing yang juga ADUN Baleh menasihati rakyat di Lubok Antu agar jangan mendengar hasutan parti pembangkang yang membantah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka disukat perimeter untuk diberi geran hak milik tanah.

Beliau mendakwa bahawa individu atau parti pembangkang membantah tanah NCR yang kebanyakannya milik Dayak disukat ada tujuan tertentu untuk kepentingan mereka sendiri.

“Jangan dengar cakap pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang menghalang tanah disukat kerana yang rugi nanti adalah kita sendiri,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget