PAN seperti pengkhianat DAP, cuba sabotaj PAS


Rakyat kini makin bijak menilai kelompok pengkhianat dalam dunia politik yang tidak betul pemikirannya dan penuh dengan ‘penyakit’.

Pengarah Jabatan Ketua Penerangan PAS Malaysia, Ahmad Amzad Hashim berkata, ia berikutan tindakan Datuk Husam Musa yang mewakili Parti Amanah Negara (PAN) cuba untuk menjatuhkan kerajaan PAS di negeri Kelantan.

Husam katanya, berubah sejak kalah dalam Muktamar PAS lalu.

“Dia bukan lagi mempertahankan kerajaan PAS, tapi bekerja untuk hasut rakyat agar hilang keyakinan pada PAS.

“Dia bertindak sama sahaja seperti PAN mensabotaj PAS, PAN bertindak sama sahaja seperti DAP mensabotaj PAS, Husam bertindak sama sahaja seperti DAP yang mendokong PAN,” katanya dalam satu kenyataan.

Terbaru Husam mendedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

“Dia juga menyerang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang cuma mewarisi pentadbiran sebelumnya, masalah yang Husam bangkitkan itu berlaku sejak Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar dan orang yang paling diberi kepercayaan oleh Allahyarham adalah Husam sendiri.

“Saya tak tahu apa tujuan Husam, dia menyerang kerajaan PAS Kelantan hingga orang UMNO bertepuk tangan, sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian masalah yang telah berlaku,” kata Ahmad Amzad lagi.

Menurutnya lagi, tindakan Husam itu tidak akan menguntungkan mana-mana parti pembangkang, sebaliknya pengundi di Kelantan mungkin akan beralih arah kepada UMNO BN pula.

“Mulut berkata mahukan perjuangan rakyat, tapi tindakan mereka tidak matang dan tidak bertanggungjawab sehingga menjadikan politik satu sarkas yang mengheret rakyat dengan keputusan yang menyusah dan meresahkan rakyat.

“Mulut berkata mahu jatuhkan UMNO, tetapi tindakan mereka memberi nyawa kepada UMNO,” tambahnya.

Ahmad Amzad dalam masa yang sama sempat menyindir PAN dimana parti itu mengaku berjuang untuk Islam tetapi masih bersekongkol dengan mengambil sikap anti perjuangan Islam.-BNBBC
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget