Lelaki mencurigakan dakwa wakil S4S minta tandatangan


LIMBANG: Kehadiran seorang individu mendakwa daripada Sarawak for Sarawakian (S4S) sambil meminta tanda tangan orang ramai di pusat bandar di sini kelmarin menimbul anda tanya masyarakat di sini.

Individu berbadan gempal dan memakai baju bergaris kelabu, biru tua dan biru muda itu berjalan di kawasan kedai di sini mengutip tanda tangan.

Seorang penduduk Narina 40-an mendakwa terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.

Jelasnya lelaki tu datang untuk berkempen dan meminta tandatangan untuk menyokong memorandum S4S.

“Kita tidak tahu apa tujuan dia meminta tandatangan. Dia mengutip tanda tangan dan ia memang perlu diragui,”katanya lagi.

Beliau menasihati orang ramai menemui lelaki terbabit agar berhati-hati atau memintanya menunjukkan kad kebenaran atau kad kuasa bagi mengelak ditipu.

Sebelum ini S4S menetapkan 107 hari bermula September lepas untuk mengumpul 300,000 tandatangan rakyat Sarawak sebagai petisyen awam meminta Akta atau Ordinan Referendum digubal.

Pengerusi penganjur kempen itu K.C Tan berkata kempen mengumpul tandatangan itu dilancar di sebuah hotel baru-baru ini dan ia dilakukan serentak di beberapa bandar utama di negeri ini seperti Sri Aman, Sibu, Mukah, Miri dan Bintulu.

Tan mengulangi bahawa S4S tidak pernah berniat untuk meminta agar Sarawak berpisah daripada Malaysia tetapi mahu hak dan perlindungan khas Sarawak diperkukuhkan lagi.

Kempen itu merupakan acara susulan kepada perhimpunan S4S yang diadakan pada Julai lalu.

Bagaimanapun kehadiran individu tersebut tidak dapat dipastikan sama ada mempunyai hubung kait dengan kempen untuk mengumpul 300,000 tandatangan daripada rakyat Sarawak termasuk di daerah ini.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget