Lambir masih tiada bekalan air : PAS Miri

Lawatan ke Kampung Sungai Liku Baru Lambir - Tiada kemudahan air.



Miri: Ketua Pemuda PAS Sarawak merangkap Timbalan YDP PAS Kawasan Miri, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo telah melawat ke kawasan Kampung Sungai Liku Baru Lambir. Lawatan dilakukan setelah mendapat laporan daripada penduduk berkenaan tiada kemudahan air di kawasan kampung berkenaan.

Hasil tinjauan, terdapat hampir 15 buah rumah kediaman telah didirikan di kampung tersebut yang telah mula didiami lebih 5 tahun yang lepas. Namun hingga ke hari ini masih lagi belum mendapat sambungan bekalan air bersih.

Hasil tinjauan Ketua Pemuda PAS Sarawak, telah dipasang saluran paip utama di kawasan terbabit dan beberapa pili Bomba kelihatan di kawasan tersebut.

Ini jelas menunjukkan sambungan air ke kawasan ini bukan suatu masalah. Sebagai rekod, kawasan ini hanya terletak sekitar 5km daripada pusat pemprosesan air LAKU Miri.

Oleh yang demikian, PAS Miri memohon penjelasan daripada pihak JKR dan LAKU kenapa kawasan ini masih belum lagi diberikan kemudahan bekalan air bersih.

PAS Miri juga ingin mendesak agar kemudahan ini dapat diberikan dengan segera kepada penduduk di kampung ini sebagai suatu kemudahan penting untuk rakyat.

Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Ketua Pemuda PAS Sarawak
Timbalan Yang DiPertua PAS Miri

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget