Keselamatan Sabah `kecil’ di mata Nurul Izzah dan Tian Chua


KOTA KINABALU - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menyifatkan tindakan “persahabatan” antara keluarga Kiram dan pemimpin pembangkang Malaysia mencerminkan betapa mereka memandang ringan kedaulatan negara.

Persahabatan “mereka” juga menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap pejuang yang terkorban kerana mempertahankan negara daripada serangan golongan berkenaan selain yang mati di tangan penculik,” kata Setiausaha Agung Upko, Datuk Donald Mojuntin dalam satu kenyataan, hari ini, sambil menambah mereka yang kononnya keluarga diraja Sulu mempunyai kaitan darah Sabah dan Malaysia.

Beliau mempersoalkan apa yang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim lakukan dengan bergaul bersama Jacel Kiram, yang menjadi jurucakap bapanya, Allahyarham Jamalul Kiram III, yang mahu merampas Sabah dari Malaysia menerusi serangan tentera bersenjata.

Mojuntin berkata, penduduk asal Sabah tidak boleh dipersalahkan apabila menganggap bahawa keselamatan Sabah hanyalah kebimbangan `kecil’ buat orang-orang seperti Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

“Kami menangkap orang yang bercakap tentang pemisahan dan berkeras terhadap orang-orang seperti Doris Jones tetapi apa kita ada di sini, sebuah keluarga dari negara lain, menganjurkan pemberontakan di Sabah dan beberapa Ahli Parlimen kami `beramah mesra’ dengan mereka.

“Tidak hairanlah apabila meningkat persepsi bahawa pembangkang akan berbuat apa saja untuk mencapai cita-cita politik mereka,” katanya.

Mojuntin berkata, Nurul Izzah mungkin boleh berkata bahawa dia hanya tetamu pada majlis itu, tetapi tindakan beliau mengatakan sebaliknya apabila dia bergambar bersama puteri Sulu, Jacel Kiram dengan memegang pelekat menuntut pembebasan Anwar.

“Tidak nampak sebarang tanda-tanda tekanan atau kebingungan di wajahnya. Dia kelihatan sangat gembira berada di sana,” katanya.

Tindakan beliau bertemu Jacel menyinggung perasaan kepada keluarga mangsa serangan masing-masing di Tanduo dan Semporna serta rakyat Sabah secara

- The Rakyat Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget