Jerayawara Keahlian PBB disambut meriah

SIBU: Jerayawara Keahlian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka mendapat sambutan meriah di Kampung Jeriah di sini, semalam.

Program berlangsung di pekarangan Masjid Babussalam, Kampung Jeriah adalah bertujuan mendaftar keahlian baharu dan mendaftar pengundi baharu dari Kampung Jeriah, Hijrah, Seduan dan penduduk di kawasan rumah panjang berhampiran.

Berucap pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata kejayaan program pada pagi itu disebabkan dua faktor iaitu sokongan penuh rakyat terhadap populariti pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Selama 19 bulan beliau memimpin negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri, beliau telah membawa 45 perubahan dan prinsip.

“Antaranya ialah kemudahan elektrik dan beliau menurunkan harga tarif elektrik di Sarawak dan Ketua Menteri juga memberi jaminan bahawa jalan raya di Sarawak tidak akan ada tol.

“Berlainan di Semenajung Malaysia, mereka sedang memikir cara menaikkan harga elektrik, malah sekarang ini harga tol telah naik,” katanya.

Faktor kedua, beliau yakin bahawa penduduk kampung mula percaya kepada beliau memberi khidmat sebaiknya kepada penduduk di kawasan tiga kampung tersebut.

Oleh itu beliau menggesa penduduk di kawasan itu terutama anak-anak muda yang mencapai usia 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi baharu dan ahli baharu PBB DUN Nangka.

“Saya minta mereka yang ingin mengundi pada pilihan raya akan datang, supaya mendaftar dengan segera, sekurang-kurangnya hingga bulan 12 ini.

“Saya khuatir mereka yang ingin mengundi tidak akan dapat mendaftar lagi kerana sudah terlalu lewat,” katanya.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget