DUN Jepak masih ketinggalan dalam pembangunan, kata Jalil PKR


Penduduk DUN Jepak masih ketinggalan dari segi pembangunan namun masih mengundi Barisan Nasional, kata Abdul Jalil, bekas calon PKR untuk PRK Balingian lepas.

Menurut beliau, penduduk Kampung Jepak dan Kampung Sebuan dalam DUN Jepak mempunyai pengundi seramai 3000 orang daripada 12,873 pengundi DUN Jepak, kampung-kampung ini mewakili 23% daripada jumlah pengundi Jepak.

"Namun dalam kemeriahan dan kegembiraan, kampung-kampung ini masih jauh ketinggalan dari pembangunan, SK Jepak overcrowded, tanah-tanah adat mereka digelapkan, infra asas masih tidak sempurna dan mencukupi, hasil tangkapan nelayan berkurangan, lot perumahan untuk penduduk kampung terpaksa berbayar dengan harga yang lumayan", tegas beliau dalam laman sosial Facebook semalam.

"Kalaulah mereka mengguna kuasa undi mereka, mendesak pihak berwajib untuk menyelesai masalah-masalah mereka terutama isu tanah, pendidikan, ekonomi dan sosial, BN akan melutut untuk menunaikan permintaan penduduk di situ", tambah beliau.

Jalil turut menyeru penduduk DUN Jepak agar menyenaraikan masalah-masalah setempat sebagai modal untuk menarik kemajuan masuk kampung.

"Tunjukkan minat kepada PR, sebagai kuasa untuk menarik agar BN menabur banyak lagi projek utk pengundi di situ", ujar beliau.

"Fikir-fikirlah dan ambil tindakan segera".-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget