Dana derma: DAP beri masa 24 jam kepada MCA


PETALING JAYA: DAP memberi tempoh masa 24 jam kepada MCA untuk memberi jawapan mengenai dana derma yang diterima daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika tidak, ia akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya akaun parti MCA atau akaun peribadi pemimpin parti itu disiasat.

Kata dua itu diberikan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, dia turut menimbulkan persoalan kerana pengagihan dana itu tidak diketahui Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tetapi itu tidak penting. Apa yang saya lebih berminat untuk tahu ialah adakah sikap berdiam diri pemimpin MCA terhadap pendedahan Chua Soi Lek itu merupakan isyarat bahawa mengesahkan penerimaan dana terbabit daripada sumber derma kepada Perdana Menteri?

“Berapa jumlah sebenar yang telah disalurkan kepada MCA daripada jumlah besar RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri? Adakah ia juga telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin MCA atau ia telah masuk ke akaun rasmi parti MCA? Jika ia masuk ke akaun peribadi, akaun siapa yang telah menerima dana tersebut? Soalnya.

Perkara berkenaan timbul apabila bekas Presiden MCA, Datuk Seri Chua Coi Lek mengesahkan derma yang diterima masuk ke akaun peribadi Najib telah disalurkan untuk membantu kempen parti komponen BN pada pilihanraya umum ke-13.

Persoalan itu ditimbulkan dalam satu kenyataan, apabila bekas Presiden MCA Datuk Seri Chua Coi Lek berkata, bahawa Ahli Majlis Tertinggi BN berjanji untuk menyalurkan dana kepada parti komponen sebelum PRU-13.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget