BTN sedia terima penyanyi Mana Hilang 2.6 Bintang


Biro Tatanegara mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu mengikuti kursus di akademi itu bagi menangani kelantangan generasi muda hari ini, kata ketua pengarahnya, Datuk Raja Arif Raja Ali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung lagu Mana Hilang 2.6 Bintang yang menjadi viral di laman sosial sekarang.

Lagu itu dicipta dan dinyanyikan seorang anak muda, Amirudin Hizadin, yang menzahirkan rasa gelisah dan sedih terhadap beberapa situasi melanda negara.

"Video (lagu) itu tidak mewakili keseluruhan suara rakyat di negara kita kerana kerajaan sangat prihatin apabila dalam pembengangan Bajet 2016 baru-baru ini perdana menteri telah memberi penekanan kepada isu kos sara hidup," kata Arif dalam sidang media Konvensyen Patriotisme Negara, di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur hari ini.

Sekali dengar, Mana Hilang 2.6 Bintang itu kedengaran seperti lagu biasa tetapi ia membawa makna tertentu jika diamati oeh pendengar yang peka kepada keadaan semasa.

Untuk orang ramai yang mengikuti perkembangan politik dalam negara, kalimah "2.6" pasti mengingatkan kepada isu yang memanas ketika ini iaitu wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Melalui lagu 'Di Mana Hilang 2.6 Bintang' itu, Amirudin menyentuh beberapa isu semasa yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat negara ini.

Selain mengungkapkan kalimah "2.6 bintang" lagu itu juga boleh ditafsir - secara berlapis - menyindir kenaikan tarif tol, pemotongan subsidi minyak, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Semakan di Facebook Amirudin petang semalam menunjukkan klip video berkenaan dikongsi ramai orang di alam maya.

Ia juga menarik lebih 80,000 penonton serta dikongsi lebih 3,000 kali.-Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget