Amanah tuduh Pas tidak ‘amanah'


PETALING JAYA : Parti Amanah Negara (Amanah) menuduh Pas telah menghampakan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Dakwaan itu dibuat ekoran pendirian berkecuali parti Islam itu berhubung undi tidak percaya terhadap Bajet 2016.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata, rakyat tidak menghantar wakil mereka ke Parlimen untuk membisu dalam isu penting.

“Bersuaralah setuju atau tidak dalam pengundian Bajet 2016 pada 16 November ini untuk memelihara maruah dan membuat pendirian.

“Seorang wakil rakyat yg menjalankan tangunggjawab kepada rakyat. Mereka yang berkecuali dalam isu ini gagal menjalankan tangungjawab kepada agama dan rakyat dalam menghalang penyelewengan dan kezaliman yang berterusan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa sekiranya bajet ditolak akan berlakunya ‘government shutdown’ atau penutupan kerajaan di mana gaji pekerja kerajaan tidak akan terbayar.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, apabila negara menghadapi masalah yang tidak nampak penghujung penyelesaiannya, semua pihak memerlukan sedikit pengorbanan.

“Setiap ubat selalunya pahit sekejap rasanya tetapi kebaikan jangka masa panjang adalah banyak manafaatnya.

“Oleh itu, kami meminta semua pihak perlu berkorban sekejap untuk menyelamatkan negara dari kerosakan berterusan,” katanya.

- Free Mslaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget